Assalamualaikum wbt. Hari ini semakin ramai berminat untuk menubuhkan kelab bolasepak. Setiap badan sukan perlu didaftarkan di Pesuruhjaya Sukan Malaysia iaitu sebuah agensi yang mentadbir Akta Pembangunan Sukan 1997,
PSS ini dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap badan sukan
mematuhi prinsip-prinsip tadbir urus yang baik selaras dengan peruntukan
dalam perlembagaan masing-masing, melalui aktiviti-aktiviti naziran dan
pengawasan yang komprehensif, demi untuk menjamin pencapaian
pembangunan positif dalam sukan negara. Dengan dunia IT yang semakin meluas pendaftaran badan sukan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang https://rosa.kbs.gov.my/index.php bagi memudahkan pendaftaran badan sukan, carian maklumat, penghantaran MYKB tanpa perlu lagi di buat secara manual. Panglima FC sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar sebaik mungkin kepada pengusaha kelab yang ingin mendaftar kelab mereka. Ayuh
mari kita meriahkan lagi industri bolasepak negeri khususnya dan negara
amnya. Majulah sukan untuk negara.
No comments:
Post a Comment