Syukur Alhamdulillah Panglima FC akan beraksi buat julung kalinya di LSUS Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Negeri Melaka pada 25 Oktober 2014 (Sabtu). Pertandingan akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Lendu. Menjadi Naib Johan diperingkat daerah Melaka Tengah membolehkan PFC beraksi diperingkat negeri. Sebanyak enam pasukan masing-masing dua pasukan yang beraksi di perlawanan akhir dari tiga daerah di negeri Melaka layak ke pusingan akhir peringkat negeri. Antara pasukan yang menyertainya ialah Paya Tanjung FC (Johan Daerah Jasin), Sebatu BBPL (Naib Johan Daerah Jasin), AP Komuniti (Johan Daerah Alor Gajah), M.A.G FC (Naib Johan Daerah Alor Gajah), Newhill FC (Johan Daerah Melaka Tengah) dan Panglima FC (Naib Johan Daerah Melaka Tengah). Setelah undian diadakan PFC telah diletakkan di kumpulan A bersama Newhill FC dan Paya Tanjung FC. Format liga diadakan pada pusingan pertama untuk menentukan juara kumpulan dan kedudukan kedua terbaik untuk diletakkan di Kumpulan Winner Pool dimana ketiga-tiga pasukan tersebut telah layak ke separuh akhir dan hanya untuk menentukan lawan diperingkat separuh akhir nanti. Satu lagi slot ke separuh akhir akan ditentukan di Kumpulan Loser Pool dimana juara kumpulan akan layak ke separuh akhir. Format yang menarik dan dapat memberi kepuasan bermain kepada para pemain. Selamat maju jaya dan doakan kejayaan kami, semoga dipermudahkan segala urusan. In sha Allah.
No comments:
Post a Comment