Thursday, 23 October 2014

Futsal LSUS Peringkat Daerah Jasin

Pada 19 Oktober 2014, PFC Futsal Team telah menyertai Futsal LSUS peringkat daerah Jasin yang mana PFC FT diketuai sendiri oleh Presiden PFC. Sebanyak 24 pasukan telah menyertainya. PFC FT telah diundi bersama JPJ FC diperingkat kumpulan. PFC FT telah memenangi perlawanan diperingkat kumpulan dengan penentuan sepakan penalti, sekali gus menjadi juara kumpulan dan layak ke pusingan kedua. Pusingan kedua menemukan PFC FT dengan pasukan dari Kampung Tersusun. PFC FT memenangi perlawanan tersebut dengan 2-0 dan mara ke suku akhir. Pada peringkat suku akhir PFC FT tidak bernasib baik setelah kalah menerusi lambungan duit apabila perlawanan terikat tanpa jaringan dan penalti. Apa-apa pun tahniah kepada PFC FT, kita cuba lagi tahun hadapan. Sedikit aksi yang sempat dirakam.














No comments:

Post a Comment