Sunday, 7 September 2014

Keputusan dua perlawanan persahabatan

Panglima FC telah mengadakan dua perlawanan persahabatan pada minggu lepas. Perlawanan pertama menentang pasukan yang berpengalaman iaitu Chiboyo FC berakhir dengan kekalahan 0-4. Pihak lawan jelas mempunyai kelebihan dari segi pertukaran pemain serta fitness yang baik. Ini juga perlawanan pertama PFC selepas berehat lama selama sebulan setengah maka kekurangan fitness amat ketara yang menyebabkan mudah hilang bola dan fokus.  Kesilapan juga kepada pihak pengurusan mengadakan perlawanan persahabatan ini sedangkan pemain masih kekurangan latihan dan kecergasan. Perlawanan kedua menentang Masbiru FC mendapat keputusan positif dengan kemenangan 5-0. Selepas melakukan latihan intensif kecergasan, tahap kecergasan pemain semakin meningkat. Mungkin ada beberapa kelemahan yang masih boleh diperbaiki contohnya 'first touch', 'choice of passing' dan 'finishing'. Keseluruhannya permainan pada perlawanan kedua ini amat memuaskan. Harap pada perlawanan persahabatan akan datang boleh segala kelemahan akan dapat diperbaiki. Ini antara aksi yang sempat dirakam.































No comments:

Post a Comment