Syukur Alhamdulillah, Panglima FC telah berdaftar dan bernaung dibawah Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA). Ini sekali gus membolehkan Panglima FC bermain di Liga Melaka pada tahun 2014 yang dijangkakan akan bermula pada pertengahan Oktober. Berikut adalah sedikit info dari sumber Laman Rasmi Sosial MUSA:
Pertandingan
Liga Melaka dijangka akan bermula pertengahan bulan Oktober 2014.
Setakat ini persatuan telah menerima 39 kelab-kelab gabungan yang
bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Melaka.
Kelab-kelab yang layak bermain pada tahun ini sudah boleh merancang dan
mengambil pemain-pemain untuk mewakili kelab masing-masing.
Pertandingan kali ini terbahagi kepada 2 Divisyen iaitu Divisyen 1 dan
Divisyen 2. Divisyen 1 sebanyak 16 pasukan dan Divisyen 2 pula meliputi
23 pasukan.
Hadiah pertandingan kali ini juga di tambah dengan
jumlah keseluruhan RM41,000.00. Empat pasukan yang layak melangkah ke
peringkat separuh akhir secara automatik layak menerima hadiah wang
tunai. Berikut adalah hadiah wang tunai yang telah di putuskan dalam
mesyuarat pertandingan.
Divisyen 1
Johan : RM13,000.00
Naib Johan : RM7,000.00
2 Saguhati : RM2,500.00
Divisyen 2
Johan : RM8,000.00
Naib Johan : RM5,000.00
2 Saguhati : RM1,500.00
Borang pertandingan akan di keluarkan dalam waktu terdekat ini oleh pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka.
Majulah Sukan Bola Sepak Untuk Melaka.
#GOGOMELAKAGO
#GEGAUMELAKAGEGAU
Senarai kelab-kelab gabungan dengan Persatuan Bola Sepak Melaka
1. MS JKR FC
2. Bawean Melaka FC
3. Persibu FC
4. Artis Teater Amator Melaka FC
5. BSN FC
6. Bukit Kajang FC
7. Surya/Solok Musai/Bkt. Piatu/ FC
8. Gerakan Melaka FC
9. Hulubalang FC
10. Cempaka FC
11. SAMB FC
12. Pengakalan, Alor Gajah FC
13. MIFA Melaka
14. Gadong Perdana FC
15. Alai FC
16. Selat FC
17. Gajah Berang FC
18. Tampoi FC
19. ASA - GP FC
20. Arena Teman FM FC
21. UTEM FC
22. Warisan Melayu FC
23. Merdeka Jaya FC
24. Taman Bemban Utama FC
25. Perma, Kuala Sungai Baru FC
26. Kiddo Kickers, Telok Mas FC
27. Gedung Lalang, Bukit Rambai FC
28. Melaka Baru FA
29. PJM FC
30. Bekas Pemain Negeri Melaka FC
31. Kelan Sukan Rekreasi HAT FAM
32. All Star United Melaka FC
33. Air Merbau FC
34. Teman Wira Tehel FC
35. White Star FC
36. Pulau Sebang FC
37. PANGLIMA FC
38. Seri Duyong FC
39. Merlimau FC
39 Pasukan Bola Sepak yang telah mendaftar menjadi ahli gabungan ini
layak bermain dalam Liga Melaka yang akan memulakan kempen liga pada
pertengahan bulan Oktober.
Liga Melaka terbahagi kepada Dua Divisyen sahaja iaitu :
Divisyen Satu : 16 Pasukan
Divisyen Dua : 23 Pasukan
Pihak Persatuan akan menghantar surat jemputan mengikut kelayakkan
pasukan untuk bermain dalam Divisyen yang di adakan dalam Liga Melaka.
Selamat berjuang untuk pemain-pemain anak Melaka dan yang layak bermain untuk Liga Melaka ini.
Yang mana satu pasukan anda wakili?
#GOGOMELAKAGO
#GEGAUMELAKAGEGAU
Friday, 12 September 2014
Sunday, 7 September 2014
Latihan
Latihan Panglima FC diadakan pada setiap sabtu dan ahad jika tiada perlawanan persahabatan pada minggu tersebut. Latihan tertumpu kepada asas bola sepak seperti hantaran yang tepat dan teknik menerima hantaran (first touch). Asas ini amatlah penting untuk meningkat mutu permainan. Selain itu latihan kecergasan juga diberi perhatian. Pada latihan akan datang tumpuan akan diberikan kepada ketajaman penyudah dan 'combination of play'. Antara aksi latihan yang sempat dirakam.
Keputusan dua perlawanan persahabatan
Panglima FC telah mengadakan dua perlawanan persahabatan pada minggu lepas. Perlawanan pertama menentang pasukan yang berpengalaman iaitu Chiboyo FC berakhir dengan kekalahan 0-4. Pihak lawan jelas mempunyai kelebihan dari segi pertukaran pemain serta fitness yang baik. Ini juga perlawanan pertama PFC selepas berehat lama selama sebulan setengah maka kekurangan fitness amat ketara yang menyebabkan mudah hilang bola dan fokus. Kesilapan juga kepada pihak pengurusan mengadakan perlawanan persahabatan ini sedangkan pemain masih kekurangan latihan dan kecergasan. Perlawanan kedua menentang Masbiru FC mendapat keputusan positif dengan kemenangan 5-0. Selepas melakukan latihan intensif kecergasan, tahap kecergasan pemain semakin meningkat. Mungkin ada beberapa kelemahan yang masih boleh diperbaiki contohnya 'first touch', 'choice of passing' dan 'finishing'. Keseluruhannya permainan pada perlawanan kedua ini amat memuaskan. Harap pada perlawanan persahabatan akan datang boleh segala kelemahan akan dapat diperbaiki. Ini antara aksi yang sempat dirakam.
Subscribe to:
Posts (Atom)