Thursday, 28 August 2014

Perlawanan persahabatan...

Panglima FC akan mengadakan 2 perlawanan persahabatan pada 31 Ogos 2014 (Ahad) dan 5 Sept 2014 (Jumaat). Perlawanan persahabatan ini adalah untuk pemanas badan dan menguji tahap permainan pemain-pemain PFC serta mengenali kekuatan dan kelemahan yang ada pada PFC. Perlawanan pertama pada Ahad ini adalah menentang Chiboyo FC. Chiboyo FC adalah satu pasukan yang kuat dan terkenal di Merlimau yang menjadi Johan pertandingan Jasin Lalang baru-baru ini. Ini adalah perlawanan persahabatan yang ketiga melibatkan PFC dan Chiboyo. Dua perlawanan terawal berkesudahan dengan seri 2-2 dan kalah 0-3. Harap rezeki atau nasib akan menyebelahi PFC pada perlawanan kali ini, tapi apa yang lebih penting adalah dapat menguji tahap pemain bertemu dengan pasukan yang lebih kuat. Perlawanan persahabatan seterusnya menentang Masbiru FC yang akan diadakan di Stadium Mini Jasin pada sebelah malam minggu hadapan. Ini adalah perlawanan PFC yang pertama beraksi di sebelah malam.




Sunday, 24 August 2014

Sesi Latihan

Syukur alhamdulillah sesi latihan petang semalam dapat dijalankan walaupun dalam masa yang terhad. Pada latihan tersebut ketepatan hantaran amat ditekankan. Cara melakukan hantaran dan menerima bola adalah satu latihan asas yang penting dan harus sentiasa dilakukan selalu untuk meningkatkan tahap permainan.



Thursday, 21 August 2014

Takziah MH17

Jumaat adalah penghulu segala hari, maka ambillah sedikit masa untuk sedekahkan Al-fatihah kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat baginda. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kita sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia, kepada guru-guru kita, kepada saudara-saudara seislam kita di Gaza, Syria, dan diseluruh dunia, dan tidak lupa juga kepada jenazah penumpang yang beragama islam dalam tragedi MH17 yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi musibah ini dengan hati yang redha. AL-FATIHAH

Tuesday, 19 August 2014

Aduan rumput panjang

Pada 15 Ogos 2014, Setiausaha PFC telah membuat aduan rumput panjang di padang bola sepak Taman Panglima Pak. Aduan dilakukan secara online menggunakan sistem aduan baru iaitu di alamat melaka.spab.gov.my. Ia adalah satu sistem aduan yang memudahkan rakyat untuk membuat sebarang aduan secara ifisien dan sistematik. Pada 20 Ogos 2014, tindakan kepada aduan tersebut telah diambil, sehubungan dengan itu PFC mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Jasin kerana telah mengambil tindakan yang segera walaupun dari segi piagamnya tindakan boleh diambil dalam masa 14 hari bekerja.







Monday, 18 August 2014

Tingkatkan skill individu

Drills yang menarik untuk meningkatkan tahap skill individu pemain.

Kepentingan hantaran yang tepat

Hantaran yang tidak tepat dalam permainan bola sepak akan memusnahkan sesebuah pasukan dengan cepat. Hantaran yang tepat dapat meningkatkan keyakinan pemain dan pasukan. Ini perlu dilakukan secara kerjasama sepasukan tanpanya agak mustahil untuk berjaya. Lebih banyak hantaran tepat dilakukan seseorang pemain menjadikan permainannya semakin baik dan semakin yakin mahu menerima bola dan bermain sekali gus meningkatkan permainan pasukan. Oleh itu penekanan kepada latihan hantaran amat penting untuk membentuk pemain yang berkualiti.
 


Friday, 15 August 2014

Mencari identiti PFC...cuba Dutch Football..

'Pass and move' mungkin nampak mudah tetapi ia perlu diterapkan di dalam mentaliti pemain semasa latihan untuk dijadikan satu budaya bermain bola sepak. Possession football sangat penting kerana tiada bola tiadalah permainan bola sepak kerana kita akan hanya mengejar bola. Pasukan harus menyerang dan bertahan dalam satu unit. Mewujudkan ruang adalah sebahagian teras kepada bola sepak, penekanan yang besar diletakkan ialah kedudukan pemain semasa ada bola dan tiada bola. Pasukan harus membuat sebanyak mungkin hantaran segitiga kerana ini secara langsung memberi banyak pilihan hantaran.

“Running is for animals. You need a brain and a ball for football.” LVG

“Everyone needs to work together to achieve a common goal. Preparing your tactical formation is essential. Each player needs to know where he has to be, and that is why there needs to be mutual understanding because you need absolute discipline.” LVG


 

Mula Latihan

Setelah selama sebulan setengah berehat puasa dan raya, hari ini latihan diadakan kembali. Lama tak ada latihan tak tau la fitness pemain-pemain ni macam mana. Yang sedikit kecewa rumput di padang panjang pulak dengan hujan yang lebat menyebabkan padang sedikit lecak. Tapi ianya tidak pernah dijadikan alasan untuk memulakan latihan. Aduan rumput panjang pun dah dibuat nanti pihak yang berwajib akan selesaikanlah dalam masa terdekat ini. Latihan tetap diteruskan seperti biasa kerana minggu depan dah nak friendly.






Jersi Panglima FC




Thursday, 14 August 2014

Pendaftaran PFC Ke Pesuruhjaya Sukan Malaysia

AJK Induk PFC telah berusaha untuk mendaftar PFC ke Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ini bagi membolehkan PFC bergerak secara rasmi dan berdaftar. Pendaftaran tersebut membolehkan Kelab untuk mendaftar bagi bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) untuk menyertai pertandingan liga anjuran MUSA. Pendaftaran secara online memudahkan AJK Induk melakukan kerja-kerja pendaftaran tersebut. Pada 11 Julai 2014 Kelab Bola Sepak Panglima telah didaftarkan secara rasmi oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan nombor pendaftaran 7137/2014. Borang keahlian telah diedarkan kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli. Syukur alhamdulillah. 




 

Program Membara Sukan Rakyat Parlimen Jasin

14 Jun 2014, Panglima FC telah menyertai pertandingan futsal untuk program membara sukan rakyat Parlimen Jasin atas satu daripada 4 tiket pasukan dari wakil Dun Serkam. Diketuai oleh Presiden PFC sendiri, PFC telah berjaya menjadi naib johan futsal pada program tersebut. 2 pemain PFC juga mewakili pasukan bola sepak Dun Serkam yang tewas pada Dun Merlimau di peringkat suku akhir.








Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Dun Serkam

8 Jun 2014, PFC telah menyertai karnival 9 sebelah anjuran Dun Serkam. PFC telah menghantar sebanyak 3 pasukan terdiri daripada pemain bawah 18 tahun, pemain simpanan dan pemain utama PFC. Sebanyak 24 pasukan sekitar dun serkam telah mengambil bahagian. Panglima B rata-rata diwakili oleh pemain utama PFC telah menjadi naib Johan karnival tersebut di mana PFC telah tewas kepada Kiddo Kickers FC menerusi sepakan penalti.